Tuesday, April 24, 2012

Inspirasi by semut atau aiskrim???






KISAH SEMUT DAN NABI SULAIMAN 

Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Allah Sulaiman 
nampak seekor semut melata di atas batu; lantas Nabi Allah Sulaiman merasa 
hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah‐
tengah padang pasir yang tandus. 

Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut: "Wahai semut apakah engkau 
yakin ada makanan cukup untuk kamu". 
Semut pun menjawab: "Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan 
ALLAH, aku yakin di atas batu kering di padang pasir yang tandus ini ada rezeki 
untuk ku". 
Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya: "Wahai semut, berapa banyakkah 
engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau 
makan dalam sebulan?" 

Jawab semut: "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan". 
Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan: "Kalau kamu makan hanya sebiji 
gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong". 
Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan 
dimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam 
bekas dan tutup bekas itu. 
Kemudian Nabi tinggal semut didalam bekas dengan sebiji gandum selama satu 
bulan. 

Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya dimakan 
setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Allah Sulaiman menemplak semut: 
"Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah". 
Jawab semut: "Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada di atas 
batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum 
sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada 
Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. 
Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung 
pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah 
sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa". 
Itulah Iman Semut!! 

Saturday, March 10, 2012

character mahsuri


LAGENDA MAHSURI
Mahsuri binti Pandak Maya merupakan seorang gadis kelahiran Pulau Langkawi. Beliau dilahirkan oleh pasangan Pandak Maya dan Mak Andam pada penghujung kurun ke-18 Masihi di Kampung Ulu Melaka, Langkawi. Mahsuri turut digelar sebagai Puteri Mahsuri dan dengan jolokan Puteri Langkawi



Kepandaian Deramang dalam bersyair menaikkan nama Mahsuri sebagai tuan rumah dan menimbulkan kecemburuan Wan Mahura, kakak iparnya sebagai isteri pembesar pulau Langkawi. Kelahiran anak Mahsuri, Wan Hakim, mencetuskan fitnah apabila Wan Mahura menuduh Mahsuri bermukah (melakukan hubungan sulit) dengan Deramang.
Atas sebab itu, Mahsuri dan Deramang ditahan dan dijatuhkan hukuman bunuh oleh Dato Pekermajaya abang iparnya sendiri setelah termakan hasutan isterinya. Tanpa menunggu Wan Derus pulang, Mahsuri dan Deramang di bawa ke Padang Matsirat, pusat Langkawi ketika itu, untuk dijatuhkan hukuman. Mahsuri diikat di sebuah batang pokok dan ditikam dengan tombak. Menurut lagenda, tombak yang digunakan tidak dapat menembusi tubuh Mahsuri. Akibat terseksa,Mahsuri mendedahkan bahawa dia hanya dapat ditikam dengan tombak sakti (terdapat pihak yang menyatakan bahawa senjata itu adalah keris) yang terdapat di alang rumahnya.




Ketika pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II ibni al-Marhum Sultan Ziyauddin Mukarram Shah (1803-1843), hubungan Kedah-Siam menjadi keruh. Mahsuri hamil ketika Wan Derus keluar dari Langkawi (tidak diketahui tujuannya tetapi sumber menyatakan beliau berperang dengan tentera Siam di Kuala Kedah). Sepeninggalan beliau, Mahsuri dikhabarkan tinggal bersama ibu bapanya. Ketika waktu tersebut, Deramang, seorang penyair kembara (sesetengah sumber mengatakan beliau peniaga) singgah di Langkawi. Kebolehannya menambat hati penduduk Langkawi lalu dengan ehsan ibu bapa Mahsuri, Deramang tinggal di rumahnya untuk mengajarkan syair dan dendang.





 Mahsuri dikahwinkan dengan seorang pemuda dan pahlawan tempatan iaitu Wan Derus, iaitu adik kepada wakil Sultan di Langkawi, Datuk Pekerma Jaya dan Wan Mahora.




Tuesday, November 23, 2010


Cinta
Ku persembah cinta suciku
buat insan yang tersayang
ku ukirkan dalam hatimu
jawapan cinta kepadamu
agar kau mengerti

selamilah kasih
sucinya cintaku
tulusnya cintaku hanya kepadamu

Mampukah kau mengerti perasaanku kepadamu
dan tulus kasih hanyalah untukmu
Ohhhh
mampukah kau selami 
jauh ke dasar hati ini
Oh hanya namamu yang tersembunyi

ku harapkan kau mengerti cintaku seadanya kasih 
ku inginkan kebahagiaan bersamamu oh selamanya
tanpa rasa curiga

berterus terang





Jangan pernah kau katakan
Bahwa cintaku terlarang
Karena tak ada yang tahu
Arti cinta sesungguhnya
[*]
Cinta datang dari Tuhan
Yang tak mungkin ku hindarkan
Karena aku manusia
Yang pastinya butuh cinta
[**]
Kepadamu aku terus terang
Bahwa aku memang masih sayang
Demi kamu aku relakan perpisahan
[***]
Hanya kamu yang aku sayang
Bersamamu jiwaku melayang
Demi kamu aku relakan perpisahan
Back to [*][**][***] 2x
Perpisahan..
Cinta datang dari Tuhan

Saturday, November 13, 2010




HASIL KERJA SENI AKU..
ultruman

ni la ak ngn arca kesayangan ku


cantik tak kerja kursus ak time form six dulu,,, smart kan,,, huhu..ini adalah arca bakau yang telah diolah.. ssh nk wt tu.. gne pokok cempedak,,2 yg senang nk ukir,, kesian pokok cempedak kat rmh nenek ak srh pak cik tebang,, alhamdulilla ak dapat 4 flat utk subjuk seni visual.. n sekarang ak trskn bakat seni ni di unimas.. dalam bidang teknologi seni reka.. SEMOGA AKU BERJAYA!

BERIKAN AKU KESEMPATAN